16 Mac 2007 : Portal Sinema Malaysia sedia maklumat sejarah
MAKLUMAT mengenai industri perfileman Malaysia kini boleh diperoleh secara pantas dan terkini serta lebih inovatif menerusi Portal Sinema Malaysia yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Dibangunkan menerusi kos hampir RM100,000 menerusi tiga fasa, portal ini boleh dilayari menerusi www.sinemamalaysia.com.my. Ia menyediakan pangkalan data sangat berguna dan berkualiti bagi industri perfileman Malaysia dan berperanan sebagai one stop super shop.